Sunday, November 11, 2012

Cerita kecilku...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...


KisahKu ...


Nama saya Noor Ain binti Non. Umurku 8 tahun pada tanggal 12 0ktober 1993. Pada masa itu, saya sudah pun mempunyai 2 orang anak saudara. Yang pertama namanya Nabila, baru 4 tahun dan yang kedua  pula namanya Mohammad Syafiq baru berusia 1 tahun.

Ingat lagi, bila orang tanya saya, apa cita-cita saya bila dah besar nanti? Dengan yakinnya saya menjawab saya nak jadi seorang doktor sebab masa tu saya selalu tengok dalam televisyen seorang doktor mesti akan merawat semua pesakitnya tak kira apa jua status mereka.

Sebab utama saya nak jadi doktor ialah sebab Along (Mak Long) saya pun sakit, mak gan ayah yang menjaganya ketika sakit. Along tak ada anak dan juga suami, jadi ayah sebagai adik mengambil tangggungjawab tersebut untuk menjaga Along.

Along tak boleh berjalan, dia duduk atas pangkin beralaskan tilam yang dibuat oleh ayah bagi memudahkannya untuk membuang air kecil dan juga air besar.

Kekadang saya ada juga menolong emak untuk menyuapkan Along makan kerana kekadang emak kelam kabut untuk ke tempat kerja.Emak bekerja sebagai pekerja kilang perabot manakala ayah pula seorang penternak lembu. Bekerja sebagai seorang pekerja kilang perabot membuatkan masa emak terhad, ialah masuk kerja pukul 8.30 pagi dan balik pula pukul 6 petang. Namun begitu, emak tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri. Pada waktu tengahari, emak akan pulang ke rumah pada waktu rehat bermula 12.30 tengahari hingga 1.00 petang. Di kesempatan itu, emak mengambil kesempatan untuk melakukan tanggungjawabnya  memasak dan membersihkan Along.

Bersambung.....